Powered By Blogger

Wednesday, October 14, 2015

Kenangan sem 1 part 1

Assalamualaikum semua , untuk pengetahuan semua Miss merupakan student UiTM .. soalannya DIMANA ? hmmmm... itu rahsia . pejam celik pejam celik dah pun hujung sem . Harini punya slot , Miss nk cerita sikit apa yang jadi sepanjang Miss berada disini .

Pada mula Miss jejak kaki ke alam Universiti , tipulah kalau nak kata tak ada sikit pun rasa takut . Masa tu , Miss rasa rendah sangat. Apa yang Miss belajar maa sekolah dulu hilang macam tu saja . Bukan apa , dunia Universiti ni lain sangat dengan dunia semasa sekolah dulu . Memang berbeza . Miss bukan pelajar asrama sewaktu dulu , tak pernah pun jauh dengan keluarga . Kalau dulu basuh baju guna mesin basuh sekarang basuh baju pakai tangan saja. Bukan tak ada mesin basuh tapi nak jimat duit punya pasal . Makan kalau dulu mama dengan abah tanggung tapi sekarang nak makan pilih paling murah .. kenapa?  Hanya satu sebab yang pasti iaitu nak jimat punya pasal .

Semasa awal - awal dulu  Miss tak kenal pun sorang dekat sini tapi ada juga kawan dari sekolah rendah dulu yang terpisah . Ada juga kawan masa sekolah menengah cuma Miss tak rapat mana pun dengan dia , hanya sekadar kenalan lama . Di kolej, Miss kena dengan seorang budak Selangor dan seorang budak Kelantan. Hidup sporting gila dengan mereka , kaki drama , jenis tak duduk diam tapi kalau malas ... tak payah cakap .

 Walauapa pun Miss cuma nak kata , dah hidup dekat U memang ken pandai bawa diri lah . Paling penting jaga solat , pergaulan , aktif , fokus belajar dan kuat mental dan fizikal .

to be continue ...


 

Saturday, August 15, 2015

Atitude manusia part 1

Assalamualaikum semua,
hari ni apa yang kita ingin teroka.. mmmm... perangai manusia..
macam yang kita sedar siapa kita, insan yang sering lakukan kesilapan sama ada dalam sedar mahupun tidak. Mari kita ambil contoh, senior kita sendiri .. mereka pasti akan berkata semasa sesi perkenalan " tegurlah abg/kakak kalau jumpa dekat luar ke.. " tapi.. kalau senior sendiri buat muka sombong dan tak balas langsung senyum mahupun salam junior .. perlu ke kita hormati mereka..
selain itu, apabila kita sudah mempunyai jawatan , pangkat.. perlu ke kita perlu bersikap sombong mahupun bongkak.. ? jangan tanya kenapa benda ini diungkit sebab benda macam ni lah sering didengari daripada mulut orang..
apa yang boleh miss violet cakap ialah.. mohon ingat asal usul sebelum orang bawah tindas mereka yang atas..
Sedar kita berpijak di bumi yang sama, menghirup udara yang sama , dan kita hanyalah hamba kepada-Nya. Rasanya , tidak perlu kot bersikap sepertu itu.. sebab orang bawah lah yang menjadikan orang atas ini dapat nama.. kalau tidak kerana sokongan dan kepercayaan , mereka tidak akan ada di situ..

* Hal ini tiada kene mengena dengan hal-hal politik mahupun hal yang menyakitkan hati orang kerana ia sekadar peringatan*
*kalau terasa ubah.. sebab itu sahaja tujuannya*
*Anda boleh share dengan Miss Violet tentang masalah anda .. 😊*

Friday, July 31, 2015

PENGENALAN

Assalamualaikum, hai kepada semua yang membaca. Ini sebagai pengenalan kepada pembaca sekalian . Saya sebagai Rafezlyn tetapi boleh panggil saya Miss Violet. Untuk pengetahuan anda semua , Miss Violet sudah lama membuat blog ini tetapi disebabkan tiada kekangan masa , akhirnya Miss Violet menghentikan daripada terus menjadi blogger yang tegar.  

JOM TEROKA ini bertujuan menceritakan tentang benda disekeliling kita , perasaan kita, sifat kita sendiri . JOM TEROKA bukan tujuan menghina ataupun atas dasar lain tetapi ini merupakan ruang munasabah diri . Biar kita kenal siapa kita, belajar mengubah hidup kita.

Sama-sama kita mengubah diri , menjadi yang lebih baik untuk masa depan kita , agama dan Negara.


Salam daripada saya,
MISS VIOLET